• cerita lucu penawar stress dan tips unik

Sejarah Pemahaman Terjadinya Crop circle di dunia

 

Crop Circle’s





Lagenda Crop Circle


Mowing Devil woodcut yang ditemukan pada tahun 1678 sebenarnya merujuk kepada sebuah kisah seorang petani yang berkata beliau lebih rela ladangnya di tuai oleh syaitan (Devil) berbanding membayar upah kepada para pekerja untuk menuainya.

Persoalan yang timbul pada waktu itu adalah bagaimana kejadian ini boleh berlaku? Selepas dari kejadian berkenaan, pelbagai cerita dan teori telah di ketengahkan kepada umum, dari kerja-kerja syaitan,roh, dan hantu hinggalah kepada kisah fenomena cuaca yang pelik dan juga makhluk asing .

Sesetengah pengkaji percaya fenomena crop circle ini bermula pada awal tahun 1980an. menurut George Bishop dari Centre for Crop Circle Studies, fenomena Crop circles atau lingkaran tanaman ini bermula di Lyon iaitu lebih kurang 815 tahun selepas masehi. Bagaimanapun hanya pada akhir abad ke 16, iaitu diawal tahun 1678 kehadiran Crop circle direkodkan secara rasminya di Hertfordshire, England. Sebuah ukiran kayu yang mengambarkan seekor syaitan sedang memotong atau menyabit tanaman dan menghasilkan satu bentuk objek atau lakaran (piktogram) di temui. Crop circle pertama dilihat dari udara adalah pada tahun 1966 di Tully England.

Kajian saitifik mengemukakan teori saintifik mereka seperti kuasa pusaran angin, tindak balas bahan kimia bumi, garisan bumi (ley line), arkeologi bawah tanah, kuasa medan megnetik bumi dan kuasa plasma.

Bagi pemerhati yang tidak dapat menerima teori-teori berkenaan dan juga gagal untuk memberikan penjelasan teori sendiri, mengambil mudah dengan mengatakan circle corps terbina oleh kuasa tuhan.

Bermula dari ukiran kayu kisah “The Mowing Devil hinggalah pada hari ini penemuan-penemuan crop circle telah melalui beberapa fasa. Seperti berikut.

Fasa pertama : Kisah penemuan sesuatu yang pelik, aneh dan luar biasa.

Fasa kedua : Fasa persoalan, para pengkaji dan pemerhati tertanya bagaimanakah cara membina crop circle.

Fasa ketiga adalah penyiasatan den kajian dimana skeptik dan fanatik dan pemalsu (hoax) turun kepadang cuba membuktikan teori dan penjelasan masing.masing.

Fasa keempat : Para pengkaji cuba mendifinasikan maksud disebalik crop circle

Namun begitu sesuatu yang pasti ialah crop circle atau lingkaran tanaman adalah sesuatu fenomena baru yang amat menarik untuk di perhatikan.

Seorang pengkaji crop circle bernama Colin Andrew mempunyai satu pengkalan data yang mengandungi lebih dari 10,000 keping gambar crop circle. Jika lebih dari 10,000 crop circle telah wujud sebelum dari tarikh hari ini, pasti ada sesuatu disebalik kewujudan crop circle, mesej kedamaian, amaran, proposal, pertukaran maklumat atau sesuatu yang belum dapat di capai atau diterjemahkan oleh manusia.

Sebelum kita menerima teori yang terakhir iaitu kuasa tuhan, terlebih dahulu kita mestilah membuat sedikit sebanyak peneletian dan kajian terhadap kewujudan crop circle. Manusia lebih-lebih lagi yang beragama islam mempunyai akal dan fikiran yang diberikan oleh Allah SWT agar digunakan untuk berfikir. Al Quran dan hadis boleh digunakan sebagai rujukan jika pembelajaran atau kajian kita menemui jalan buntu.

Firman Allah Surah surah Al-Baqarah (Juzuk 2 ayat 2)

Kitab (al-Quran) ini, tiada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Makhluk Asing yang bijaksana ataupun Alien mungkin menawarkan penjelasan yang lebih luas terhadap kewujudan corp circle ini. Doug Bower dan Dave Chorley pemalsu (hoaxers) memberikan alternative kepada manusia terhadap jawapan yang dicari . Carl Sagan, dalam bukunya “The Demon-Haunted World: Science as a Candle in the Dark” menawarkan hujah logik untuk menjawab soalan ini. Jika di teliti kepada piktogram circle crop terdapat banyak ciri-ciri yang manarik. Antara yang paling utama ialah, bentuk-bentuk yang wujud tidak pernah wujud lebih dari dua kali, bentuk-bentuk circle crop yang wujud juga tidak pernah terbayang didalam pemikiran manusia sebelum ini. Satu cabaran yang besar terhadap keupayaan minda manusia untuk berfikir

Firman Allah Surah Al Baqarah (Juzuk 2 ayat 164)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran

Latar belakang

Berikut adalah keratan akhbar berkenaan crop circles pada 22 ogos 1678.



photo courtesyTimehole.uk

Crop circles dikaitkan dengan UFO kerana ramai orang percaya terdapat pelawat dari luar menggunakan crop circle sebagai medium untuk berkomunikasi dengan penduduk bumi.

Namun begitu terdapat segelintir manusia yang bersikap skeptik. Pada pandangan mereka Crop circles adalah satu bentuk graffiti gila bagi sekumpulan individu yang keluar dimalam hari, berseronok membentuk crop circles semata-mata untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

Alasan mereka cukup mudah, crop circles boleh dibentuk hanya menggunakan tangga, sekeping papan dan juga beberapa utas tali.

Pola pembentukan crop circles boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk. Pada peringkat awal pembentukan crop circles, bentuk-bentuk yang terbina amat mudah. Pada peringkat awal fenomena ini, bentuk-bentuk yang terbina lebih ocus kepada bentuk bulatan dan lengkungan. Bentuk-bentuk tersebut semakin bertambah sedikit agak rumit, semakin rumit, akhirnya kompleks. Pada peringkat awal dan pertengahan pola pembentukan crop circles lebih tertumpu kepada 2 dimensi. Beberapa tahun kebelakangan ini bentukbentuk crop circles mula berubah kepada bentuk 3 Dimensi.

Gambar-gambar crop circle’s di serata dunia,









zacxbauer@yahoo.com



Crop Circle Gallery around the net.



All photographs are the copyright © Please obtain permission for use.




Hampir kebanyakan crop circles di United Kingdom ditemui di kawasan ini.

1. Chilbolton Hampshire – Latitud 51.1471N Longitud 1.4544W

2, Shilbury Hill – Latitud51.4135N Longitude1.8450W

3. Avebury – Latitude 51.4346 longitud 1.8613W

4. Wiltshire – Latitud51.2951N Longitude1.93150W



Crop circle’s di luar United Kingdom



1. Australia

Crop circle zaman moden pertama kali di temui di Australia pada Disember 1973. Terletak berhamph iran Wokurna di selatan Adelaide, Australia, sebuah cetakan aneh terbentuk di sebuah lading gandum. Para pengkaji UFO menyiasat, dan teori pusaran angin dan juga tapak kaki kangaru mula muncul. Walau bagaimana pun tiada jawapan yang sebenar dapat ditemukan. Crop circle itu kemudiannya di beri nama “saucer nests”

Tidak lama kemudian satu lagi crop circle muncul berhampiran Bordertown berhampiran Wokurna. Crop circle tersebut mempunyai tujuh bulatan dan sesetengahnya berdaimeter sehingga 14 kakai. Pada Disember 1989, satu lagi corp circle muncul, kali ini di kawasan perladangan gandum di Malee, di sebelah barat Melbourne, Australia. Crop circle yang di temui di ladang jolly ini mengandungi satu set bentuk yang mengandungi 90 bulatan bersaiz dari beberapa inci sehinggalah kepada beberapa kaki daimeternya. Penduduk tempatan mendakwa melihat beberapa cahaya aneh dan merdengar bunyi yang agak pelik dan pada malam berkenaan.

2. Switzerland

Seorang warga Swiss Eduard “Billy” Meier pernah mendakwa pernah berhubung dengan makhluk asing (aliens) dari system bintang Pleiades pada tahun 1970 an hingga awal tahun 1980an. Beberapa bentuk bulatan telah ditemu di kawasan rumput berhampiran rumahnya di Switzerland. Rumput-rumput berkenaan di temui rebah dan berpusar membentuk beberapa bulatan. Nmaun para pengkaji UFO ataupun UFO logis mendapati bahawa terdapat kesan-kesan

rumput-rumput berkenaan bengkok dan bukannya patah. Berdasarkan kepada pemerhatian mereka, rumput-rumput berkenaan terus membesar di kawasan berkenaan. Keadaan ini menolak sama sekali teori hoax atau pemalsuan crop circle.

3. Kanada

Satu kes yang hampir serupa Eduard Meier’s berlaku pada September 1, 1974, di sebuah ladang di Langenburg, Saskatchewan. Edwin Fuhr berusia 36 tahun menyaksikan beberapa buah kubah berpusing dan menghasilkan angin yang kuat keatas ladang tanaman miliknya.

Fuhr mendakwa beliau tidak dapat bergerak semasa kejadian berkenaan berlaku. Kubah-kubah berkenaan telah meninggalkan beberapa buah lingkaran diatas ladang miliknya. Berdasarkan kajian beberapa UFOlogis tanaman-tanaman berkenaan telah di tekan ke tanah, tidak patah, terbakar ataupun mati. Kemudian dari itu beberapa crop circle muncul diladang berkanaan. Berdasarkan kepada rekod sebanyak 7 buah crop circle telah ditemui diladang milik Edwin Fuhr.







Photo copyright © Lucy Pringle’s

http://www.lucypringle.co.uk/

Pada 7 Julai 2009, sebuah crop circle raksasa sepanjang 350 kaki (sekitar 105 meter) muncul di Silbury Hill, Crop circle ini mempunyai bentuk bermotif tutup kepala suku Maya. Kebanyakan para pengemar Crop circle’s percaya bahawa crop circle’ ini adalah bermaksud berakhirnya tempoh 5126 tahun kalender Maya “Long count” yang akan berakhir pada 21 Desember 2012 yang membawa kepada hari kiamat ataau doomsday. Adakah kita harus percaya kepada ramalan ini?



Firman Allah Surah Al Baqarah (Juzuk 2 Ayat 120)

Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”

Menurut Karen Alexander, seorang pengkaji crop cirlce, “Ini adalah pola paling menarik yang pernah saya lihat. Pola Ini sudah pasti menggambarkan simbol suku Maya dan saya yakin ini berkait rapat dengan kejadian yang akan berlaku pada tahun 2012.”

Persoalannya:
Apakah yang berlaku pada 2010?
Apakah kaitannya dengan Crop Circel?
Apakah kaitanya dengan kewujudan Alien dan UFO?
Apakah kaitannya dengan Kemunculan Planet Nibiru?
Adakah Alien dan UFO wujud menurut Agama Islam?

Sebelum meneliti apakah (yang dijangkakan) berlaku pada tahun 2010, kajian atau penelitian Blog ini di juruskan terlebih dahulu kepada Crop circle, siapakah yang membentuknya?, dan Mengapa?

Sejarah Pemahaman Terjadinya Crop circle di dunia 4.5 5 littleBrother Sejarah Pemahaman Terjadinya Crop circle di dunia,Crop Circle’s,Lagenda Crop Circle , Crop Circle’s Lagenda Crop Circle Mowing Devil woodcut yang ditemukan pada tahun 1678 sebenarnya merujuk kepada sebuah kisah seoran...


Powered by Blogger.
Lucu Online